SEBENARNYA ENGKAU BAIK SANGAT!!!

Siapa tahu hari ini dia seorang yang baik?? Tidakkah Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yg bermaksud : "Sesungguh Aku telah menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya." (At-Tin: 4) Itu dari sudut kejadian... Dari sudut status pula firman Allah S.W.T yg bermaksud " Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) " (Ali-Imran: 110) Dari sudut apa lagi yg kita mahu...?? Cakaplah wahai manusia yang mahu berfikir...!!

Malang sekali sekiranya antara kita ini ada yang masih merasa hina dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain. Seharusnya hina ini ialah melakukan perkara keji lagi mungkar malah maksiat juga. Adakah engkau masih belum lagi merasa baik??

Hah, sudahlaahhhh...!! Masih belum lagi merasa baik lagi dalam diri itu?? Baik di sini bermaksud, memanfaatkan segala nikmat yg Allah beri dengan yg halal dan yg benar. Mudah2an, segala yg kita hitung ini bukanlah nikmat semata-mata. Malah ujian dari Allah S.W.T bahawa firmanNya yg bermaksud "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). "(Al-Mulk:2)

Tunggu apa lagi...?? Nak percaya ke tidak, engkau manusia yg baik. Jika tidak, sia2 sahaja engkau diciptakan, padahal ENGKAU SEBAIK2 YG DILAHIRKAN KE MUKA BUMI INI...!!

1 ulasan:

Sha-na.Szied berkata...

wahhh along.. ustad2 :D